Monday, November 9, 2009

Insiden di stesen LRT mengerikan

Insiden di stesen LRT mengerikan

''APA yang ingin dibangkitkan di sini ialah apa yang berlaku di luar stadium sebaik sahaja para penyokong Negeri Sembilan keluar selepas meraikan kemenangan lebih kurang pukul 11.30 malam. Kejadian yang berlaku berhampiran Stesen LRT Bukit Jalil adalah satu pengalaman yang amat menakutkan dan telah memberi satu persepsi yang amat negatif tentang sikap orang Kelantan.

Apabila kumpulan penyokong Negeri Sembilan (memakai baju warna kuning) tiba di situ dan ingin memasuki ke stesen LRT, mereka telah dihalang dan dilempar dengan mercun dan botol air secara tiba-tiba dengan kata-kata cacian dan hinaan.

Ini menyebabkan sebilangan penyokong NS lari menyelamatkan diri. Apakah penyokong ganas ini tidak terfikir bahawa terdapat juga kanak-kanak dan wanita yang ada di situ?

Saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Cheras yang menyatakan bahawa keadaan ketika itu adalah terkawal. Apabila orang ramai berlari lintang pukang dan perjalanan mereka telah dihalang, adakah itu masih lagi dikatakan terkawal? Di mana polis ketika itu?''


memula baling mercun botol semua bakar seat
tahun depan
kalau tak diharamkan oleh fam
bolehlah bakar stadium, tembak mortar...
ala ala afghanistan gitu

2 comments:

  1. mari kita salahkan polis..salahkan bomba..salahkan fru...
    penyokong kelantan yg ganas macam babun tuh kita jangan salahkan...
    hahaha...

    ReplyDelete
  2. iyo lah, salah polis lagik.. nanti lotak 10 ribu polis kek situ ha, ada plak gi merompak kat puchong ha, menyamun kat bangsar ka.. tanya laie mana polis.. bila nak tambah 60 ribu polis baru kata nak tambahkan undi.that's bullsheeeeet punya otak....

    ReplyDelete