Sunday, November 15, 2009

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT :
Empat perkara menguatkan badan :
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan:
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata :
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata :
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran :
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

Monday, November 9, 2009

Insiden di stesen LRT mengerikan

Insiden di stesen LRT mengerikan

''APA yang ingin dibangkitkan di sini ialah apa yang berlaku di luar stadium sebaik sahaja para penyokong Negeri Sembilan keluar selepas meraikan kemenangan lebih kurang pukul 11.30 malam. Kejadian yang berlaku berhampiran Stesen LRT Bukit Jalil adalah satu pengalaman yang amat menakutkan dan telah memberi satu persepsi yang amat negatif tentang sikap orang Kelantan.

Apabila kumpulan penyokong Negeri Sembilan (memakai baju warna kuning) tiba di situ dan ingin memasuki ke stesen LRT, mereka telah dihalang dan dilempar dengan mercun dan botol air secara tiba-tiba dengan kata-kata cacian dan hinaan.

Ini menyebabkan sebilangan penyokong NS lari menyelamatkan diri. Apakah penyokong ganas ini tidak terfikir bahawa terdapat juga kanak-kanak dan wanita yang ada di situ?

Saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Cheras yang menyatakan bahawa keadaan ketika itu adalah terkawal. Apabila orang ramai berlari lintang pukang dan perjalanan mereka telah dihalang, adakah itu masih lagi dikatakan terkawal? Di mana polis ketika itu?''


memula baling mercun botol semua bakar seat
tahun depan
kalau tak diharamkan oleh fam
bolehlah bakar stadium, tembak mortar...
ala ala afghanistan gitu

Sunday, November 8, 2009

Ilmu tasauf dan tarikat

Majoriti ulama tidak mewajibkan belajar ilmutarikat. Mereka berpendapat ilmu tasauf adalah fadhu kifayah. Ilmu yang wajibdipelajari hanyalah ilmu tauhid, fekah. Apapun ilmu tasauf atau tarikatmempunyai kelebihannya seperti ia boleh menghidupkanhati agar mencintai Allah. Cinta itu sebenarnya suci cumamanusia yang mengotorkannya dengan nafsu buruk mereka. Kerana cinta kepadaAllah jugalah terhasilnya para ulama dan wali Allah seperti diceritakan dalamkisah Rabiatul Adawiyyah dan Syed Muhyiddin yang sangat cintakan Allah. Perasaan cinta adalah dari Allah, manakalabenci pula dari syaitan. Dalam satu hadith disebut “sesiapa yang meninggaldunia kerana rindu, dia dikira mati syahid” (misalnya seseorang yang merinduikeluarganya lalu pulang ke kampungnya dan meninggal dalam perjalanan.
Ilmu tarikat juga boleh melemahkan nafsu buruk dan mendekatkandiri kita kepada Allah. Seorang murid bertanya kepada gurutarikatnya “Bagaimana hendak mendekatkan diri kepada Allah .Kata guru tarikatitu yang juga seorang wali qutub ” Allah itu cuma 2 langkah dari kamu.
Langkahpertama, pijak nafsu (letak nafsu dibawah tapak kaki),
langkah kedua ialahAllah.Dekat atau jauhnya Allah itu juga bergantungkepada keadaan kita. Nafsu buruk yang menjauhkan kita dari Allah:-
Baqarah [186] Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasahampir (kepada mereka)Qaf [16] Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia danKami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripadaurat lehernya,Waqiah [85] Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapikamu tidak melihat,Berjayalah orang yang membersihkan diri dari nafsu buruk:As-Syams [9] Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinyayang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),Rugilah orang yang mengikut nafsu buruknya:As-Syams [10] Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinyayang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoranmaksiat).Galakan belajar ilmu tarikatMaidah [35] Wahai orang-orang yang beriman!Bertakwalah kepada Allah dan carilahjalan yang boleh menyampaikan kepadaNya Carilah jalan iaitu “wasilah”, perantaraanuntuk sampai kepada Allah. Dalam hadith lebih kurang maksudnya “Orang dapatkejayaan dengan wasilah, orang dapat kejayaan akhirat juga dengan wasilah”.Wasilah yang dimaksudkan ialah “ilmu”dan “didikan (tarbiyah)”,samada secara zahir (syariat) atau batin (tarikat). Tarikat juga asalnyadari Nabi s.a.w. yang diajar kepada para sahabat, untuk segera dapat kedudukandan kejayaan disisi Allah.Dalam ilmu tarikat ada 3 jenis fana’(tenggelam dalam kasih sayang) iaitu Fana’ pada guru, Fana’pada Nabis.a.w, Fana’ pada Allah. Pada permulaan pengajian ilmu tarikat, seorang muridakan fana dengan gurunya. Kemudian gurunya akan menukar hatinya agar ia fanakepada Nabi. Paling akhir ialah fana’ fillah. Bila sesorang itu mencapai tahapfana’ fillah ia akan merasakan dirinya terlalu kecil berbanding Allah, sehinggaia merasa lebih kecil dari semut.Selain itu Ahli tariqat juga memikirkansesuatu kejadian untuk mendekatkan diri mereka dengan Allah.Az-Zariyat [21] Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamutidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?Ar-Ruum [8] Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yangdemikian sahaja dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya merekadapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segalayang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar dandengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemuiPenciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguhingkar akan pertemuan dengan Tuhannya
Wallahu Walam..

Tuesday, November 3, 2009

Kesan Fahaman Syiah, Islam Liberal & Wahabi Di Malaysia

FELO Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa(Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady mendedahkan sejak kebelakangan ini aliran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti fahaman Syiah dan Islam liberal mula menyerang negara menyebabkan sebahagian masyarakat terpengaruh.Beliau yang menjadi ahli panel pada Wacana Ilmu bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran akhbar Berita Harian dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), baru-baru ini melahirkan kebimbangan masyarakat dan negara akan berdepan pelbagai masalah jika perkara itu tidak didedahkan.“Ramai yang mempertikaikan kita menggunakan kitab lama, kononnya tidak moden yang lebih menggerakkan masyarakat kepada aliran Islam liberal. Kita bimbang jika masyarakat tidak didedahkan dengan fahaman betul mengenai Ahli Sunnah yang menjadi pegangan Majlis Agama Negeri dan Fatwa Kebangsaan, kita akan berdepan pelbagai masalah termasuk boleh mengancam keselamatan negara,” katanya.Sejauh mana fahaman Syiah, aliran Wahabi dan Islam liberal mempengaruhi pemikiran umat Islam, Pengarah Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin berkata, sukar menafikan wujud segelintir umat Islam negara ini dipengaruhi unsur bertentangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan amalan mazhab Syafi’ie.Beliau berkata, setakat ini Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) serta pihak keselamatan melalui peruntukan undang-undang dan dasar kerajaan berjaya membendung penularan fahaman berkenaan.“Pelbagai tindakan pencegahan dilakukan Jakim dan Jain bagi mengelakkan fahaman itu menjadi serius sama ada melalui fatwa dikeluarkan, majlis penerangan di pelbagai peringkat masyarakat dan tindakan undang-undang terhadap penganut fahaman berkenaan,” katanya.Beliau berkata, fahaman Syiah dan Islam liberal bahaya terhadap umat Islam kerana alasan yang berbeza.Syiah diharamkan di negara ini melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 berdasarkan percanggahan dengan akidah, syariah dan akhlak Ahli Sunnah Wal-Jamaah.Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 3Mei 1996 membuat keputusan menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaahdari segi akidah, syariah dan akhlak.Memperakukan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli SunnahWal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.Antara penyelewengan yang dikenal pasti dalam ajaran Syiah ialah imam adalah maksum,khalifah diwasiatkan secara nas, menolak ijmak ulama, menolak qiyas dan mengamalkan nikah mutaah.Sementara fahaman Wahhabiyah pula tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat Islam. Itu adalah hasil daripada perbincangan beberapa kali pada Muzakarah awatankuasa Fatwa Kebangsaan.Semua keputusan adalah menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia. Bagaimanapun keputusan itu tidak memutuskan Wahhabiyyah sebagai ajaran sesat.Razali berkata, mengenai Islam liberal pula setakat ini tidak wujud mana-mana individu atau organisasi di Malaysia yang menubuhkan apa-apa kumpulan atas nama Islam liberal seperti berlaku di Indonesia.Bagaimanapun katanya, wujud fenomena liberal dalam kalangan organisasi dan individu tertentu yang sentiasa dipantau serta dikajioleh pihak berkuasa agama.Malah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-74 pada 25- 27 Julai 2006 membincangkan“Aliran Pemikiran Islam Liberal” dan memutuskan aliran itu adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.“Antara kesesatan pemikiran itu ialah berpegang kepada konsep pluralisme agama, meragui ketulenan al-Quran, menggesa tafsiran barukonsep ibadat, mempertikaikan kredibiliti Nabi SAW dan mempertikaikan hukum-hakam yang muktamad,” katanya.Beliau berkata, ajaran sesat dan sebarang ajaran baru menyalahi tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini yang berpegang kepada akidah Asya’irah-Maturidiyyah dan fiqh Syafi’ie, sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam.Katanya, penyebaran ajaran sesat akan menggugat akidah serta syariah Islam sementara aliran seperti Wahhabiyyah boleh menimbulkan kekeliruan dan berakhir dengan krisis perpaduan jika tidak dibendung dan ditangani.Berdasarkan rencana Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah di laman web Jakim bertarikh 19 Disember 2006, pada prinsipnya fahaman Wahabi membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka.Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini sejak berkurun lama berakar umbi dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Orang awam yang kurang mahir selok belok mazhab lebih baik bertaklid dengan pegangan mazhab sedia ada.Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru mengenai akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang dikemukakan Ibnu Taimiyyahdalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan Ibnu Taimiyyah sendiri.Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakkan kerana kesan globalisasi ilmu di dunia hari ini.

Monday, November 2, 2009

accident

A man walks into a friend and sees that his friend's caris total loss and covered with leaves, grass, branches,dirt and blood.
He asks his friend,"What's happened to your car?"
"Well," the friend responses, "I ran into a lawyer".
"OK," says the man, "that explains the blood... But what about the leaves, the grass, the branches and the dirt?"
"Well, I had to chase him all through the park."
hahaha.....very funny liao ler

Sunday, November 1, 2009

kencing











bujang terlajak

muahaha...sape bujang terlajak kat cni...sperm korang da jadi katak