Sunday, November 8, 2009

Ilmu tasauf dan tarikat

Majoriti ulama tidak mewajibkan belajar ilmutarikat. Mereka berpendapat ilmu tasauf adalah fadhu kifayah. Ilmu yang wajibdipelajari hanyalah ilmu tauhid, fekah. Apapun ilmu tasauf atau tarikatmempunyai kelebihannya seperti ia boleh menghidupkanhati agar mencintai Allah. Cinta itu sebenarnya suci cumamanusia yang mengotorkannya dengan nafsu buruk mereka. Kerana cinta kepadaAllah jugalah terhasilnya para ulama dan wali Allah seperti diceritakan dalamkisah Rabiatul Adawiyyah dan Syed Muhyiddin yang sangat cintakan Allah. Perasaan cinta adalah dari Allah, manakalabenci pula dari syaitan. Dalam satu hadith disebut “sesiapa yang meninggaldunia kerana rindu, dia dikira mati syahid” (misalnya seseorang yang merinduikeluarganya lalu pulang ke kampungnya dan meninggal dalam perjalanan.
Ilmu tarikat juga boleh melemahkan nafsu buruk dan mendekatkandiri kita kepada Allah. Seorang murid bertanya kepada gurutarikatnya “Bagaimana hendak mendekatkan diri kepada Allah .Kata guru tarikatitu yang juga seorang wali qutub ” Allah itu cuma 2 langkah dari kamu.
Langkahpertama, pijak nafsu (letak nafsu dibawah tapak kaki),
langkah kedua ialahAllah.Dekat atau jauhnya Allah itu juga bergantungkepada keadaan kita. Nafsu buruk yang menjauhkan kita dari Allah:-
Baqarah [186] Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasahampir (kepada mereka)Qaf [16] Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia danKami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripadaurat lehernya,Waqiah [85] Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapikamu tidak melihat,Berjayalah orang yang membersihkan diri dari nafsu buruk:As-Syams [9] Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinyayang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),Rugilah orang yang mengikut nafsu buruknya:As-Syams [10] Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinyayang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoranmaksiat).Galakan belajar ilmu tarikatMaidah [35] Wahai orang-orang yang beriman!Bertakwalah kepada Allah dan carilahjalan yang boleh menyampaikan kepadaNya Carilah jalan iaitu “wasilah”, perantaraanuntuk sampai kepada Allah. Dalam hadith lebih kurang maksudnya “Orang dapatkejayaan dengan wasilah, orang dapat kejayaan akhirat juga dengan wasilah”.Wasilah yang dimaksudkan ialah “ilmu”dan “didikan (tarbiyah)”,samada secara zahir (syariat) atau batin (tarikat). Tarikat juga asalnyadari Nabi s.a.w. yang diajar kepada para sahabat, untuk segera dapat kedudukandan kejayaan disisi Allah.Dalam ilmu tarikat ada 3 jenis fana’(tenggelam dalam kasih sayang) iaitu Fana’ pada guru, Fana’pada Nabis.a.w, Fana’ pada Allah. Pada permulaan pengajian ilmu tarikat, seorang muridakan fana dengan gurunya. Kemudian gurunya akan menukar hatinya agar ia fanakepada Nabi. Paling akhir ialah fana’ fillah. Bila sesorang itu mencapai tahapfana’ fillah ia akan merasakan dirinya terlalu kecil berbanding Allah, sehinggaia merasa lebih kecil dari semut.Selain itu Ahli tariqat juga memikirkansesuatu kejadian untuk mendekatkan diri mereka dengan Allah.Az-Zariyat [21] Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamutidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?Ar-Ruum [8] Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yangdemikian sahaja dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya merekadapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segalayang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar dandengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemuiPenciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguhingkar akan pertemuan dengan Tuhannya
Wallahu Walam..

1 comment:

  1. banyaknya nak kena baca..
    mata berpinau2 dh nih..aduyai..

    apa bezanya tasawuf dgn tarekat?

    ReplyDelete